TMK dalam bilik darjahThis is a featured page

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah membolehkan berlakunya ledakan maklumat yang boleh diakses dengan mudah dan cepat meskipun berada di luar batasan geografi. Ketidakupayaan mengikuti rentak perkembangan semasa menyebabkan individu tertinggal jauh ke belakang berbanding mereka yang sentiasa bersedia menerima serta melakukan perubahan rentak dalam pendidikan.

Memandangkan TMK kini menjadi pemangkin utama pendidikan, adalah kurang wajar kiranya ia ditinggalkan tanpa mempergunakannya dalam proses pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggariskan penggunaan TMK dalam proses pengajaran & pembelajaran (p & p) melalui 4 mod (Penerokaan, Komunikasi, Aplikasi dan Tutorial).

Pengintegrasian TMK ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang telah lama dicanangkan. Memang telah ramai guru-guru yang telah mendapat latihan bila, bila tidak dan bagaimana hendak mengintegraksikan TMK semasa proses pembelajaran berlaku namun tidak semua yang mendapat latihan ini telah mengorak langkah untuk melaksanakannya di sekolah mahupun di institusi pendidikan selain sekolah. Memang banyak kekangannya tetapi dalam apa jua usaha yang dilakukan kesungguhan dalam melakukan sesuatu menjadi motivasi awal untuk terus maju ke hadapan.

Namun begitu, harus diingat bahawa kecanggihan peralatan serta perisian TMK tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya tidak dapat digunakan untuk menggalakkan, memudahkan, mempercepatkan serta memantapkan proses pembelajaran.Pun begitu, tidak ada maknanya mudah dan cepat kiranya tidak membantu dalam perkembangan dan pemantapan ilmu yang bermakna. TMK bukan sekadar alat alternatif yang digunakan mengikut peredaran masa (daripada analog atau bahan bercetak kepada digital) tetapi untuk tujuan perkembangan ilmu dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar (real world problems) dan membuat keputusan sebenar (real decision making).

MOD TMK
PENGHURAIAN
PAUTAN
Penerokaan
TMK digunakan untuk mengakses serta mengumpul maklumat yang releven daripada Internet, CD dan seumpamanya melalui proses inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, kajian dll.
Penggunaan TMK dengan Mod Penerokaan boleh dilakukan melalui pencarian maklumat di Internet dalam laman-laman web, blog mahu pun wiki. Pautan di bawah boleh membantu anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

http://www.icthubknowledgebase.org.uk/searchingtheinternet Bahan ini memuatkan tip-tip menggunakan internet untuk mencari maklumat.

http://classroomblogging.wikispaces.com/>%20Using%20Wikis Panduan menggunakan wiki untuk guru dan pelajar.

http://www.wikipedia.org/
http://encarta.msn.com/
Komunikasi
TMK digunakan sebagai alat komunikasi untuk menghantar, menerima, berkongsi atau bertukar-tukar maklumat melalui proses perbincangan serta pembelajaran kolaboratif individu atau berkumpulan. Ini boleh dilakukan melalui ruangan forum, chat, e-mel serta perbualan.
Di sini http://people.uis.edu/rschr1/cti.htm anda boleh dapatkan maklumat mengenai komunikasi menggunakan TMK seperti IM, Chat, e-mel, Internet dan sebagainya.

Dan juga di sini http://www.rsna.org/Technology/internet3-1.cfm

Penggunaan e-mel untuk berkomunikasi dengan pelajar http://www.engl.niu.edu/NWR/archives/email.html

http://elemenous.typepad.com/weblog/2007/04/friday_5_using_.html
Aplikasi
TMK digunakan untuk membantu melaksanakan tugasan pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi pemrosesan perkataan, persembahan slaid atau hamparan elektronik. Anda boleh dapatkan modul menggunakan MS Word, Excel dan PowerPoint antara lain daripada laman-laman berikut: http://www.internet4classrooms.com/on-line.htm
http://www.actden.com/pp/
http://www.tutorialized.com/tutorials/MS-Word/1
http://www.exceltip.com/

Anda boleh juga meneroka laman-laman web panduan yang lain selain daripada yang dinyatakan di atas.
Tutorial TMK digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Cuba portal ini untuk melihat contoh TMK digunakan untuk Mod Tutorial.
http://www.tutor.com.my/tutor/steps.asp
http://e-taalim.jais.net.my/

Di kalangan pelajar serta murid-murid kita, ada yang telah jauh lebih maju dalam penggunaan komputer berbanding sesetengah guru. Guru, selaku penyumbang ilmu kepada pelajar serta murid-murid perlu meningkatkan profesionalisme mereka untuk membolehkan pengajaran berjalan dengan lebih lancar, meluas, mudah serta berdaya saing dengan cuba sedaya upaya mengamalkan pengintegrasian TMK ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini boleh dilakukan dengan membina bahan-bahan sokongan sendiri atau mengintegrasikan penggunaan Internet dalam pelajaran.Saksikan video mengapa guru perlu meningkatkan keupayaan kita dalam TMK?


Saksikan pula video yang menunjukkan seseorang akan ketinggalan sekiranya tidak mengikuti arus perkembangan semasa khususnya dalam penggunaan TMK.

Sila gunakan pautan yang disediakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

http://www.eduwebtv.com Laman ini menyediakan tujuh saluran video berkaitan perkembangan pendidikan di Malaysia

http://www.unescobkk.org/index.php?id=1718 Laman ini memuatkan bahan tentang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

http://www.naace.org/impict/teaching.html Bahan ini menceritakan tentang kebaikan menggunakan TMK kepada sekolah, guru dan pelajar / murid.

Anda boleh juga meneroka maklumat berkaitan menggunakan URL di bawah
http://www.angelfire.com/wa2/smkdsotwo/TeknologiMaklumat.pdf
http://www.slideshare.net/norhisham/teknologi-maklumat-untuk-pp
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul/ict_in_pnp.pdf

Sila lihat bahan slaid yang telah dibina oleh Ustzh Tuan Roslina Tuan Sulaiman yang dilampirkan sebagai attachments dan boleh dibaiki, komen atau gunakan di dalam kelas.


No user avatar
ienakhalid
Latest page update: made by ienakhalid , Feb 17 2009, 5:31 PM EST (about this update About This Update ienakhalid Edited by ienakhalid

12 words added
3 words deleted

view changes

- complete history)
More Info: links to this page

Anonymous  (Get credit for your thread)


There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.
Word Document LatihanPengukuhan1.doc (Word Document - 24k)
posted by ienakhalid   Aug 27 2007, 11:02 PM EDT
Latihan ini dibina oleh Ust Tuan Roslina ketika mengikuti kursus 10 hari Bimbingan Perguruan Profesional dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai bahan bukti penyertaan. Bahan ini masih boleh dibaiki.
Powerpoint Presentation Bbm.ppt (Powerpoint Presentation - 388k)
posted by ienakhalid   Aug 27 2007, 11:01 PM EDT
Bahan Bantu Mengajar ini dibina oleh Ust Tuan Roslina ketika mengikuti kursus 10 hari Bimbingan Perguruan Profesional dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai bahan bukti penyertaan. Bahan ini masih boleh dibaiki.
Powerpoint Presentation SetInduksi.ppt (Powerpoint Presentation - 424k)
posted by ienakhalid   Aug 27 2007, 10:59 PM EDT
Bahan untuk Set Induksi ini dibina oleh Ust Tuan Roslina ketika mengikuti kursus 10 hari Bimbingan Perguruan Profesional dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai bahan bukti penyertaan. Bahan ini masih boleh dibaiki.